Tuesday, June 25, 2013

Gombak: Seorang lelaki dan ibu kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Umar Haiqal Mohd Hazlee yang dipukul hingga mati sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands direman seminggu bermula semalam.
Kereta Volvo 740 milik lelaki terbabit yang juga teman lelaki ibu mangsa turut dirampas polis kerana ia dipercayai digunakan untuk membawa mangsa sebelum ditanam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan tengah hari kelmarin di rumah sewanya di Bandar Country Homes, Rawang, dekat sini dan ibu mangsa berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Foto
Menurutnya, wanita terbabit yang juga anggota polis melarikan diri daripada tugas sejak dua tahun lalu dan tinggal bersama teman lelakinya yang dikenali pada 2010.
“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis percaya sepanjang kanak-kanak terbabit dijaga ibunya dan lelaki terbabit, mangsa sering didera,” katanya.

Sumber : MyMetro..
My comment : Kejahilan dan kejahatan manusia yang seolah kembali ke zaman jahiliah.... Apabila agama Islam tidak dijadikan pegangan yang kukuh maka beginilah jadinya.. Hanya Islam yang mampu memandu manusia melalui jalan kehidupan ini dengan lurus menuju ke perhentian Akhirat...

No comments:

Post a Comment